Buku fitnah terbaru laris di jual

Khamis, 10 Mac 2011

Nampak orang lebih suka membeli buku fitnah, dulu dia kata penulis cari keuntungan dengan buat fitnah termasuk mengatakan Prof. Sahnon Ahmad. Sekarang Ustaf Fahdzil kata dia lihat apa yang dia lakukan pada diri sendiri.

5,000 naskhah Memoir Dr. Mahathir terjual pada hari pertama

KUALA LUMPUR 9 Mac - Buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan begitu hangat apabila 5,000 naskhah buku itu terjual pada hari pertama ia dilancarkan, semalam.


Pengurus Besar MPH Group Publishing Sdn. Bhd., Ivy Tan memberitahu, pihaknya yakin perasaan teruja dan ingin tahu orang ramai tentang kisah hidup dan pengalaman bekas Perdana Menteri itu membuatkan buku memoir yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mendapat sambutan seperti itu.

"Kami mungkin akan membuat cetakan kedua dalam masa terdekat. Mungkin dicetak pada bulan depan, namun jumlah naskah cetakan seterusnya itu masih belum ditentukan lagi.

"Semua MPH Bookstore membuat tambahan tempahan bagi buku itu dan begitu juga dengan kedai buku yang lain di seluruh negara. Gudang kami juga tidak mempunyai bekalan buku yang cukup untuk diagihkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Buku terbitan MPH setebal 800 halaman berharga RM100 senaskhah yang dilancarkan sendiri oleh Dr. Mahathir semalam itu, membawa pembaca menyelusuri perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu yang hanya diketahui oleh anggota keluarganya dan segelintir orang luar.

Dr. Mahathir menyatakan buku tersebut merupakan memoir dan pengalaman hidupnya selama 85 tahun, mengisahkan mengenai pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan dan perlu dielakkan oleh semua orang dalam kehidupan mereka.

MPH telah mencetak 50,000 naskhah untuk edaran pertama dan buku itu boleh didapati di kesemua cawangan MPH Bookstore dan juga kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara.

Ivy berkata, pembelian secara dalam talian juga menyaksikan lebih 300 naskhah telah terjual kepada pembeli dari luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, India Singapura, Thailand dan Indonesia.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan