BUTTERWORTH, 20 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.“Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini
.
Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.
Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.
Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU ke-13.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.
Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. — Bernama
1 comments:
.
(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
Catat Ulasan