PR bantah kadar baru lesen perniagaan MPAG

Jumaat, 25 Disember 2009

Banyak sangat bayaran dan lesen perlu di kenakan. Mananya negara berkebajikan. - Nabila

ALOR GAJAH – Pakatan Rakyat (PR) negeri membantah pelaksanaan struktur baru kadar bayaran lesen perniagaan 2010 membabitkan peniaga kecil dan penjaja oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), di sini, semalam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri, Tey Kok Kiew berkata, tindakan MPAG itu membebankan golongan berkenaan.

Menurut beliau, pengurangan kadar bayaran lesen perniagaan sebanyak 50 peratus tidak memberi impak positif kepada peniaga kecil dan penjaja kerana kini mereka dikenakan bayaran bagi setiap kategori barangan yang dijual.

“Contohnya, peniaga atau penjaja yang menjual nasi lemak dan kuih-muih dikehendaki membayar lesen untuk dua kategori berasingan.

“Setiap kategori dikenakan bayaran lesen RM18. Sebelum ini, peniaga kecil dan penjaja hanya perlu membayar RM36 untuk lesen perniagaan tanpa mengira bilangan kategori produk,” katanya di sini, semalam.

Sebelum itu, Tey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Banda Hilir mengemukakan memorandum bantahan penstrukturan semula kadar bayaran lesen perniagaan kepada MPAG.

Hadir sama Ketua ,Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Hairiz Nordin dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Kamarudin Sidek.

Tey berkata, dalam suasana kelembapan ekonomi dewasa ini, MPAG sewajarnya bersikap lebih prihatin dengan kebajikan golongan peniaga kecil dan penjaja.

“Tindakan MPAG itu tidak selaras konsep Satu Malaysia iaitu `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Saya percaya ia lebih tepat dengan konsep `Rakyat Didahulukan, Peniaga Disengsarakan’,” kata beliau.

Justeru, tegasnya, MPAG diminta menyelaraskan bayaran lesen perniagaan untuk peniaga kecil dan penjaja mengikut kadar asal di samping mengekalkan diskaun 50 peratus seperti disarankan kerajaan.

Selain itu, menurut Tey, PR negeri menuntut MPAG mengenakan satu bayaran lesen perniagaan sahaja untuk penjaja pasar malam dan pasar tani.

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan