Perancis haramkan purdah di semua tempat

Jumaat, 25 Disember 2009

Jiwa menentang Islam telah tersemat. Niat dan perwatakan mengambarkannya. Dunia barat banyak bersendiwara dalam kes-kes melibatkan Islam. - Nabila

PARIS - Kerajaan Perancis yang diketuai Presiden Nicolas Sarkozy merancang untuk membentangkan rang undang-undang mengenai pengharaman pemakaian purdah di semua tempat awam kepada Parlimen pada Januari ini.

Rang undang-undang itu akan disertakan bersama resolusi mengenai penghormatan terhadap golongan wanita.

Kedua-dua cadangan akan diserahkan semasa dua minggu pertama sidang Parlimen pada Januari tahun depan sebelum keputusan dicapai dan dikuatkuasakan.

Perancis sebelum ini mengharamkan pemakaian tudung yang menutup muka sepenuhnya di beberapa tempat awam di negara itu.

Kebanyakan ahli politik menunggu keputusan inkuiri Parlimen sebelum memutuskan mengenai keperluan menguatkuasakan rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, pengharaman penuh itu dijangka bertembung dengan beberapa halangan undang-undang sedia ada.

Contohnya, pengharaman pembinaan menara azan di Switzerland dicabar sebelum dikemukakan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia di Eropah.

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan