Pas kaji semula calon luar bertanding di Kelantan

Rabu, 23 Disember 2009

Ustaz Nasaruddin, Dr Hatta Ramli dan Sallahuddin Ayud. Dengar cerita seorang sahaja yang akan kekal. Siapa agaknya? - Nabila

KOTA BHARU: Pas Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am Pas dan Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," katanya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok); Naib Presiden, Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mengulas keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: "Ikut dialah, itu masalah peribadi."

Semalam, Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas berikutan masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Rosli juga adalah individu yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata : "Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail. Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (Pas) pusat." - Bernama

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan