Bapa mentua Noordin Top ditangkap

Jumaat, 25 Disember 2009

Macam cerita kartonis lama aje, bila satu orang dikehendaki semua diarah bunuh. Takut apa ada yang akan balas dendam. Keluarga di Malaysia bagaimana? - Nabila

JAKARTA: Bapa mentua Noordin Mohammed Top, militan Jemaah Islamiah yang ditembak mati beberapa bulan lalu, ditangkap semalam dalam serbuan di Jawa Barat.

Ketua pasukan antipengganas polis Indonesia, Tito Karnavian, berkata, Baharudin Latif ditangkap awal pagi di daerah Garut Selatan selepas diburu beberapa bulan.

Baharudin atau Baridin melarikan diri daripada serbuan polis terhadap kediamannya di Cilacap, Jawa Tengah, Julai lalu.

Polis mendakwa menemui bahan membuat bom tertanam di perkarangan rumah itu.

Noordin, warga Malaysia, berkahwin dengan anak Baharuddin, Arina Rahmah pada 2006 dan mempunyai dua anak.

Noordin yang didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan bom di Indonesia, termasuk di Bali pada 2002, ditembak mati di Jawa Tengah September lalu. — Reuters

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan