Pegawai Dan Anggota Diberhentikan Sebelum Kehilangan Enjin Pesawat - TUDM

Jumaat, 25 Disember 2009

Jika ada pegawai TUDM yang berhenti, negara tidak selamat? Baru hilang enjin belum lagi musuh menyerang. Negara kita "boleh di tawan" jika 10 orang pegawai TUDM berhenti? - Nabila

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai berpangkat BrigadierJeneral dan beberapa anggota lain telah dikenakan tindakan pemberhentian sebelumkejadian kehilangan dua enjin pesawat F-5E diketahui berlaku. Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kementerian Pertahanandalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan itu lebih berkaitankepada ketidakcekapan dan prestasi kerja yang merupakan langkah-langkah biasadilaksanakan untuk mencegah perkara yang tidak diingini berulang.

"Dengan adanya kenyataan ini, TUDM berharap agar semua pihak tidak membuatsebarang spekulasi dan andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untukmengelakkan kekeliruan pelbagai pihak.

"TUDM sentiasa peka di atas keperluan untuk memantapkan sistem pengurusanaset dan operasi bagi memastikan kesiapsiagaan TUDM berada pada tahap yangterbaik pada sebilang masa," kata kenyataan itu.

Berhubung kes kehilangan enjin pesawat F-5E yang dilaporkan media baru-baruini, ia telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"TUDM difahamkan kes itu sedang dikaji dan menanti arahan dari Peguam Negarauntuk tindakan seterusnya," kata kenyataan itu.

Oleh itu, TUDM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan yang bolehmengganggu proses siasatan dan pendakwaan dan berharap semua pihak menunggumaklum balas dari Pejabat Peguam Negara sebelum memberikan sebarang kenyataan.

TUDM telah mula mengoperasikan pesawat F-5E pada 1974. Pada 1999, TUDMmenamatkan perkhidmatan pesawat itu dan tugasnya sebagai pesawat tempur barisanhadapan diambilalih oleh pesawat MiG-29N dan F/A-18D.

Bagaimanapun, usia menjangkau 29 tahun di dalam inventori TUDM, pada 2003pesawat itu telah diaktifkan semula sebagai pesawat latihan dan tinjauan bagimenampung keperluan semasa. - BERNAMA

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan