YB - jangan tayang body, hodoh

Ahad, 28 Oktober 2018


YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang negarawan, bukan artis. Negarawan pada masa sama adalah selebriti, kepunyaan masyarakat, tumpuan khalayak. Khalayak memandang kita. Dalam kalangan khalayak ada kawan, ada lawan.

Justeru, berhati-hati. Kita sudah dewasa YB, dan bukan budak-budak lagi. Jika bersinglet sekalipun tidak wajar dipaparkan. Inikan pula tidak berbaju.


Baca Lagi...

Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa

Selasa, 30 Ogos 2016


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9 Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.

Baca Lagi...

Pindaan RUU 355 sebahagian daripada perjuangan PAS

Di antara soalan yang dikemukakan dalam Liqa Fikri PAS Pusat, Sabtu baru-baru ini ialah telahan cadangan Pindaan RUU 355 adalah sia-sia. Presiden PAS menjawab dengan agak panjang lebar, bukan sahaja melihat aspek RUU 355 tetapi mengimbau perjalanan dan perjuangan PAS yang panjang dan istiqamah bagi menegakkan Islam sedari awal penubuhannya. Saya sempat mencatat sebahagiannya. Saya olah kembali.


Baca Lagi...

Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai tidak guna dana negeri


Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai (TPBKK) telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan pada tanggal 25 Zulkaedah 1437 bersamaan 28 Ogos 2016 pada jam 12.00 tengah hari di Tapak Monumen Banjir, berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai.

Baca Lagi...

PASMA Cuba Bersendirian Menolak Kerjasama dengan Unit Amal?

Jumaat, 19 Disember 2014



PASMA ditubuhkan untuk membantu PAS dan mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Itulah kata-kata Pharaohrazi Pengerusi PASMA (jawatan terbuka dan masih menjadi tanda tanya siapa pengerusi sebenar PASMA yang membantu dan merangka perangcangan).


Baca Lagi...

Rancangan Menjatuh dan Mengaibkan Presiden PAS Gagal

Isnin, 15 Disember 2014


Pagi tadi hakim membuat keputusan menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu. Dimana pihak Shamsul tidak dapat membukti saksi dan saksi didapati tidak tidak bercakap dengan tepat.

Baca Lagi...

Mampukah Parti Keadilan Berceramah Tanpa PAS?

Ahad, 14 Disember 2014


Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Baca Lagi...

Zul Kuala Krai Ibarat “anak nakal” dalam penjara

Jumaat, 19 September 2014


Apabila Zul Yaakub (spesis Zul Nordin) Kuala Krai membuat ucapan menyerang sebahagian perwakilan Muktamar Pemuda PAS Malaysia, ramai blogger Anti-Presiden PAS seperti Greenboc, al-Husseyn, ZAKRI ALI, Bloglist Malaysia dan berapa lagi menyiarkan berita sebagai berita utama. Sebelum ini mereka ini terkial-kial untuk mendapatkan berita yang boleh 'menghentam' ulama PAS.

Ucapan Dasar Muktamar Ke-60 yang mengandungi 14 perkara utama mengariskan pergerakan PAS tidak diambil endah, malah mereka ini lebih suka mencari keburukan daripada membuat petikan yang berfaedah di blog masing-masing.

Baca Lagi...

Suhaizan perlu urus krisis dalaman Pemuda sebagai contoh

Rabu, 17 September 2014


Secara peribadinya saya kenal susuk tubuh Ketua Pemuda PAS Malaysia ini. Cara dia berfikir, berhujah dan mencetus idea. Di mana rujukan dan ideolanya. Tahniah dan syabas atas ucapan dasar yang pada pendapat saya banyak perkara boleh dibahas dan diperincikan.

Baca Lagi...

Cg Pa kata Rafizi Bodoh, Mahfuz kata Nik Nazmi Kurang Cerdik!


Masih ingat lagi Rafizi Ramli membuat kenyataan dalam forum berkenaan "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar."

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.


Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan