Oleh Syed Mu’az Syed Putra
SHAH ALAM, 20 Nov — Kira-kira 12 jam selepas Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan tarikh muktamad keluar PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada kepimpinan parti itu tidak mengikut gendangnya dan tidak gunakan media Umno untuk menyerang parti sendiri.
Penasihat PKR itu juga menambah bahawa beliau tidak boleh menerima pemimpin parti itu menyerang parti dengan menggunakan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Ia merupakan himpunan pertama sejak Zaid, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan keluar parti. Petang semalam, Anwar mengadakan pertemuaan tertutup dengan barisan kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan di ibu negara petang semalam.
Anwar bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung tindakan Zaid yang mengumumkan akan keluar parti itu berkuat kuasa 16 Disember ini.
“Saya tidak mahu ulas tentang Zaid, bukan kerja saya untuk mengulas tentang beliau,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap di program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di Auditorium MBSA di sini malam tadi.
Pagi semalam Zaid mengumumkan akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini dan surat pemakluman mengenainya telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu.
Zaid yang turut mengesahkan akan menubuhkan parti baru berkata, beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan tahun depan.
Zaid pernah menang kerusi Parlimen Kota Baru pada pilihan raya umum 2004 ketika masih di Umno dan bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu atas tiket PKR tetapi tewas.
Kira-kira 100 anggota PKR pula mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam, dekat MBSA, meminta Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.
Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak boleh menerima tindakan mana-mana pemimpin yang menggunakan Utusan Malaysia untuk menyerang parti dan juga pemimpin.
“Saya tidak boleh terima pemimpin yang menyerang parti berulang kali dalam media Umno yang selama ini menghina pemimpin kita.
“Semua orang tahu pendirian ini, kalau ada pejuang yang tidak hormat kepada pemimpin apa yang harus dilakukan?
“Kalau setakat hendak tegur tidak mengapa, tapi jangan serang guna media Umno.
“Kita nak jadi parti keluarga yang sihat, jangan nak jadi jaguh kampung sahaja, Kita kena terus ke depan dan kita jangan ikut rentak gendang beliau (Zaid),” kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu. Tambah Anwar, fokus utama parti itu sekarang adalah memperkuatkan kerangka dalaman dan menyelesaikan segala masalah yang berbangkit bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Sekarang fokus kita adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum. “Kita juga perlu mempertahankan negeri Selangor kerana ia merupakan kubu kuat yang harus dipertahankan supaya tidak dirampas kembali Barisan Nasional (BN).
“Malah saya yakin kempimpinan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) mampu menjadi Selangor sebagai sebuah negeri yang hebat,” katanya.
Beliau juga berkata Umno-BN sekarang sudah tidak mampu mempertahankan diri kerana sudah tiada alasan yang boleh dikemukakan dalam setiap isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.
“Bila kita bercakap mengenai rasuah, mereka (Umno-BN) akan jawab dengan pasir. Mereka sudah tiada ikhtiar dan sudah boleh mempertahankan diri lagi.
“Umno juga tidak boleh untuk memperjuangkan politik perkauman kerana kita sudah pun melakukan perubahan.
“Kalau ada yang mahukan parti Melayu mereka boleh menyertai Umno, kalau ada yang mahu menyertai parti India mereka boleh menyertai MIC tapi kita berbeza.
Kita sudah tidak lagi menggunakan sentimen politik kaum untuk menyertai mana-mana parti kerana kita sudah melakukan agenda reformasi,” katanya.
Justeru, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, reformasi yang dilakukan PKR selama ini harus dipertahankan dan dipertingkatkan.
“Budaya politik yang kita amalkan selama ini harus dipertahankan. “Kalau kita mahu matang dalam politik kita kena menerima perubahan,” katanya.
TEMA Kali ini...
CBox
WAKTU SOLAT
Masih dalam pembinaan
Berita Harian: Mutakhir
TranungKite Online (TKO)
Detikdaily
Selatan Online
Berita Harian: Dunia
Berita & Akhbar
TKO Geng
WebBlog
Kita jangan ikut rentak gendang Zaid serang PKR, kata Anwar
Sabtu, 20 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Archives
-
▼
2010
(256)
-
▼
November
(9)
- Wanita Dan Fitnah Dajal
- Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama
- NGO tolak, selar tawaran ahli bergabung BN
- Kita jangan ikut rentak gendang Zaid serang PKR, k...
- Kira-Kira 100 Anggota PKR Adakan Protes Minta Anwa...
- Mina banjir sukarkan pergerakan jemaah
- Hukum Nyanyian Wanita?? Hilangkan Kekeliruan Anda..
- Waspadai Demam Tifoid
- Jodoh Itu Ketentuan Tuhan
-
▼
November
(9)
Tops Mingguan
- Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??
- Misteri Masej Philip Wood Penumpang MH370 Membuat Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia??
- Liow dan penyokong letak jawatan hari ini
- Sebuah lagi kapal terbang MAS berpatah Balik?
- Panglima al-Qaeda terbunuh
- God bukan Allah - IKIM
- Surau Disimbah Cat: Empat Remaja Direman
- Betul ke Kasut Bom Nak Letup Pintu Kokpit MH370??
- Tuntuan Royalti Minyak Kelantan Tidak Akan Dilayan
- Adnan Yaakob Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN Di Kerdau
Tops Bulanan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Saya pernah menulis pasal pemikiran luar kotak dan tak salah untuk membuat penelitian kepada semua yang ada di dalam kapal terbang MH370 ...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Isu dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine) telah memberikan perbincangan hangat dikalangan umat Islam di negara ini. Is...
-
Kekalahan BN di PRK Kajang mendapat banyak ulasan daripada blogger pro UMNO dan rata dikalangan mereka menyalahkan jentera pilihan raya U...
-
Kononnya pemberi maklumat Al-Qaeda bahawa dia pernah bertemu dengan pengganas Malaysia berhubung rancangan merampas pesawat menimbulkan ...
-
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)membongkar kes kecurian dan penyeludupan pasir ke negara jiran dan menahan 34 indiv...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor kerana menghormat...
Tops Keseluruhan
-
Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370...
-
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya ti...
-
Usaha untuk menghancurkan Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin hari ini di Mesir sangat jelas. Mahkamah di Mesir hari ini menjatuhkan hukuman ...
-
Semalam Tun Mahathir (saya bahasakan "orang tua" bahasa manja digunakan di kampung saya untuk menghormati orang yang tua tapi m...
-
Seorang wartawan Amerika Syarikat, Christopher Bollyn yang menulis buku berjudul "Solving 9-11: The Deception that Changed the W...
-
Malam tadi melalui SMS jemputan untuk majlis angkat sumpah telah dibuat. YB Datuk Ahmad Razif Abd Rahman telah mengangkat ...
-
Seperti yang saya tulis sebelum ini, Kementerian Kesihatan merahsiakan keputusan ujian selama 3 bulan dan perkara ini diulas apabila mak...
-
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selata...
-
Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawata...
-
Mereka dianggarkan 50 orang berpakaian hitam dengan sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan mem...


0 comments:
Catat Ulasan