Bila Pontianak Gua Musang Bersuara

Rabu, 5 Mac 2014


Kuli (Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah) ni jarang bersuara tapi nama dia sentiasa naik jika ada Pilihan Raya. Semasa PRU-13 nama Kuli pun naik; dikatakan perjumpaan 10 pimpinan utama PAS-PKR ada sebut Kuli jadi Perdana Menteri, cadangan ini membuat pimpinan dikalangan PKR tak setuju sehingga perjumpaan sulit menjadi bocor.

Sekali lagi Kuli di cari.

Baca Lagi...

Betul ke, Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil??

Selasa, 4 Mac 2014

Saya terbaca tulisan Datuk Hussan Musa, Naib Presiden PAS; Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu.

Ketika itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di bawah ISA.


Baca Lagi...

Rafizi Serang Khalid. Hisham Serang Azmin


Gambar di atas adalah gambar yang dirakam semasa Majlis Pelancaran Pusat Media KEADILAN PRK Kajang petang tadi di Kajang. Gambar ini adalah menutup "mulut" umno untuk bersuara dalam mengulas tentang pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ramai blogger pro Pakatan Rakyat  mengulas tentang gambar ini "Langsung sedikit pun tidak nampak adanya pergeseran".

Baca Lagi...

Rosak Al Quran Di Kg. Limbongan Perbuatan Orang Islam Sendiri?

Penduduk di Kampung Limbongan di Besut dan sekitarnya hari pagi tadi digempar apabila menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menceroboh masjid kampung itu dan merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab hari ini.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Al-Quran, kitab dan buku yasin milik masjid itu didapati dibuang merata tempat termasuk di dalam dan luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.

Yang menyedihkan terdapat beberapa naskhah Al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.

Baca Lagi...

Orang Cina Masih Menghukum UMNO/BN Di Kajang??

Isnin, 3 Mac 2014

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor kerana menghormati konsep perkongsian kuasa, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata meskipun menerima desakan supaya meletakkan calon Melayu di kawasan itu namun BN tetap menghormati konsep yang menjadi pegangan BN selama ini.

Kedudukan BN cukup tertekan, kerana pengundi Cina masih lagi menghukum UMNO/BN atas apa yang berlaku sebelum ini. Yang menjadi mangsa atas dendam ini ialah MCA.

Baca Lagi...

PRK Kajang terjejas dengan pengumuman Khalid tanding Timbalan?

Ahad, 2 Mac 2014


Bila Tan Sri Khalid Ibrahim mengumum akan bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Azmin Ali ada yang kata pengumuman ini akan menjejas jentera pilihan Pakatan Rakyat di Kajang dan akan memberikan laluan sukar kepada Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah PRK Kajang bagi PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan terkilan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan lebih awal untuk bertanding jawatan timbalan presiden  parti itu.

Jika diteliti semasa Anwar bertanding di Dun Kajang, pengumuman untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Sleangor juga dikatakan terlalu awal, sedangkan batang tubuh Khalid Ibrahim masih ada dan menerajui Selangor dengan baik.

Baca Lagi...

Siapa Dalang Dalam Isu Penghakiman Ingkar Presiden PAS?

Mohd Shamsul bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Dungun, Terengganu menang kes saman "penghakiman ingkar" kepada Presiden PAS. Kemenangan ini dikatakan kerana Presiden tidak hadir mahkamah lalu mahkamah mengiyakan saman mengikut jumlah tuntutan RM2 juta.

Ada banyak kekeliruan dalam kes ini sehingga berlaku tuduh menuduh. Ada yang menuduh penguam PAS tak cekap, ada yang kata orang sekeliling (penasihat Presiden tak berfungsi). Ada juga yang kata ada golongan tertentu nak jatuhkan Presiden dan sehingga akhir ada juga menyalahkan kononnya bangunan PAS Marang tak ada orang bertugas.

Jika kita teliti video ucapan Presiden PAS berkaitan perkara ini tidak ada nama yang jelas disebut dan tak dituju kepada sesiapa secara jelas? (rujuk video di sini) Ikut logiknya kes ini sepatutnya tak 'lekat' di mahkamah. Tapi kes ini boleh lekat. Kita tak ada kuasa membuat penentuan itu kerja hakim. Tapi kita hanya ada keraguan dalam isu ini.

Baca Lagi...

Saman Presiden 2 Juta Tak Jejas Imej PAS?


Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan. Maksud tersirat daripada kenyataan ini, tak jejas imej Presiden sebagaimana tajuk berita BERNAMA.

Mungkin itu jawapan terbaik, nak kata apa lagi. Tapi daripada isu saman 2 juta ini ada blogger minta Presiden PAS berundur. Rata-rata buat anggapan bahawa kenyataan itu satu tuduhan walaupun ada kenyataan bervideo mengenai jualan pil kuda oleh rakan penjual bersama calon PKR tersebut ada dalam simpinan PAS dan telah dipanjang kepada Anwar Ibrahim.


Baca Lagi...

Anwar Akan Menyertai Kabinet Najib?

Sabtu, 1 Mac 2014


Sebelum ini isu Konsensus Nasional adalah bibit-bibit awal ke arah penyatuan. Perkara ini tidak jelas tapi menurut sumber adalah perjumpaan sulit Anwar dan Najib melalui Jusuf Kalla di Jakarta. Isu ini terdiam dan hampir tertutup.

Timbul pula Konsens Nasional (KN) sekali lagi dalam bentuk yang lebih jelas. Perutusan khas untuk rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Sunway sangat jelas menunjukkan ada usaha ke arah untuk menyatukan Pakatan Rakyat (pada umum tapi khusunya PKR) dan Barisan Nasional. (rujuk di sini)

Baca Lagi...

Apa Yang Tak Kena Dengan Penjanjian Air Selangor??


Timbalan Perdana Menteri kata perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal. Pakar perundangan Syahredzan Johan menolak kata boleh batal.

Timbalan Perdana Menteri guru kena tukar dia tak tahu. Rasanya pasal penjanjian air ini lagi dia tak tahu. Yang penting ada yang minta dicepatkan sebelum PRK Kajang.

Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan