Oleh Juita musa “Wanita adalah perangkap syaitan”. Kalimah seorang sufi, iaitu Basyir Al-Hafi di dalam kitab Kasyful Khafa, menggambarkan bahawa wanita mempunyai pelbagai kekangan, hatta masalah berkaitan wanita sehingga ke hari ini tidak pernah terhenti, bahkan pelbagai senario berkenaannya diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya.
Bertambah malang apabila golongan Barat memperakukan wanita seperti ‘menggenggamkan air di dalam tangan’ kerana dengan mudah mereka memanipulasi berjuta-juta wanita seantero dunia dengan pandangan penuh nafsu menyebabkan mereka menjadi dambaan nafsu mata-mata syaitan. Saidina Ali Bin Abi Talib KWH pernah menukilkan; “Apabila wanita mencintaimu maka dia akan menyusahkanmu, sebaliknya apabila dia membencimu, maka dia akan mengkhianatimu, kemungkinan besar akan membunuhmu”. Kesimpulannya, pengaruh wanita dalam kehidupan dunia begitu besar sehinggakan mereka mampu membunuh jiwa-jiwa yang kekontangan iman dan takwa.

