Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju)

Khamis, 17 April 2014


Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan bekas Pengerusi DAP Kebangsaaan Karpal Singh, positif dadah jenis ganja pada saringan awal (gambar di dalam).

Ekoran daripada itu simple tersebut dihantar ke Jabatan Patologi untuk pengesahan secara saintifik. Pemandu berkenaan kini ditangkap di bawah akta dadah berbahaya untuk membantu siasatan pihak narkotik.

Manakala siasatan ke atas kenderaan Toyota Alphard yang terlibat mempunyai 29 saman trafik pandu laju dibawah seksyen 079 (2) APJ 1987 dengan 15 daripadanya belum dibayar menurut Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengikut laporan Tarfik Kampar RPT 960/14 perlanggaran antara Toyota Alphard KS 9898 dengan Lori Mitsubishi Canter 5 Tan WTL 9909 keadaan jalan lurus dan mendaki bukit dengan keadaan cuaca yang baik tapi gelap tanpa lampu jalan.

Kemalangan dengan kerosakan teruk bahagian hadapan sebelah kiri pemandu untuk MPV dan rosak di bahagian belakang kanan untuk lori.

Pihak polis masih belum menentukan siapa yang bersalah.

Dalam media sosial banyak perbahasan tentang siapa yang bersalah, pemandu lori yang dikatakan memandu perlahan daripada laluan kanan cuba ke kiri tanpa memberikan signal manakala mpv datang daripada belakang dengan laju terus melanggar sebelah kanan lori.

Dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan di lebuhraya terlalu jarang pemandu daripada laluan kanan memberikan signal untuk masuk ke lalauan kiri. Boleh kata semua kenderaan daripada laluan kiri memberi signal untuk masuk ke laluan kanan.

Perkara yang dianggap remeh ini kadang kala mendatangkan mudarat.

Rempuhan yang menunjukkan kerosakan sebelah kiri pada mpv menunjukkan pemandu cuba mengelak tidak berjaya ini menyebabkan kecelakaan akan kena kepada penumpang disebelahnya dan menyelamatkan semua penumpang disebelah kanan.

Kelajuan yang besar juga menyebabkan ada perbezaan ketara kecederaan penunpang sebelah kiri dan sebelah kanan selain daripada faktor jenis kenderaan.

Walahualam, biar polis menentukannya....



2 comments:

andah berkata...

Minta pihak PDRM senaraikan semua 29 saman kenderaan tsb. Mentang-mentanglah dia kaya, dia ingat dia boleh langgar undang2.Kalau di UK dah lama kena gantung lesen.

Tanpa Nama berkata...

Berpijaklah di bumi nyata.. tu UK... lantak pi lah... skarang ni hang kat malaysia... tok sah duk canang sangat na... kalau hang suka hang pi la duk UK sana.. tok sah duk buat haru sini..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan