Cakap-cakap Disebalik Anwar Tarik Diri Tanding Presiden PKR

Selasa, 22 April 2014


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail

Katanya lagi JPP telah menerima surat berkenaan minggu lalu daripada Anwar tentang perkara ini tapi hanya umumkan sekarang disebab beberapa perkara berlaku termasuk kematian Karpal Singh.


Mengikut cakap-cakap di sebalik perkara ini sebenarnya adalah sebahagian daripada percaturan untuk menyekat Timbalan Presiden, Azmin Ali bertanding jawatan presiden.

Pertembungan antara Wan Azizah dan Azmin telah lama berlalu dan banyak cadangan daripada kumpulan Azmin untuk meminta dia bertanding dan menerajui PKR. Azmin dikatakan berhati-hati dalam hal ini.

Apabila berlaku pula pertembungan antara Azmin dengan Khalid Ibrahim dimana Khalid menyatakan dia akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin ketika balik daripada Mekah sekadar menjawab dia akam membuat keputusan nanti.

Azmin dilihat lebih cenderung untuk bertanding Presiden dan tidak akan mengekalkan jawatannya.

Che'gu Bard dalam Facebook membuat kenyataan membenarkan maklumat bahawa Azmin memang bersedia untuk bertanding Presiden PKR.


Kenapa Anwar Perlu Bertanding lawan Wan Azizah??
Siapa yang akan cabar Presiden?

Kita tahu Khalid Ibrahim dah nyaata bahawa dia akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Tinggal Azmin sahaja yang  mampu bertanding jawatan Presiden atau dia kekal lawan Khalid.

Azmin melihat tersempit.

Kenapa Anwar dilihat pula tergesa-gesa membuat kenyaataan akan bertanding Presiden selepas dia didapat bersalah atas tuduhan liwat II. Mengikut pendapat Anwar memintas sebelum Azmin mengumumkannya.

Anwar dikatakan mungkin hilang kelayakan jika beliau menang ekoran sabitannya dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan liwat.

Karpal Singh sebaliknya meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan mahkamah selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan didenda RM4,000 dan sangat bercanggah dengan Anwar yang pula menyatakan nak bertanding.

Mengikut
Akta Pertubuhan 1966, Di bawah Seksyen 9A (1) ( b ), seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman kepada penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Ada perkara pelik disebalik tindakan Anwar ini.

Ada juga yang berpendapat Anwar sebenarnya cuba menyelamatkan Wan Azizah daripada ditandingi oleh Azmin dalam perebutan Presiden PKR.

Anwar dan Azmin juga dilihat banyak perbezaan dalam membawa hala tuju PKR. Anwar lebih selesa PKR diterajui Wan Azizah daripada Azmin kerana bila Azmin mempunyai kuasa Azmin boleh membawa hala tuju yang berbeza dengan beliau...

Apakah Azmin akan berdiam atau Azmin sebenarnya seorang yang sangat bijak berpolitik pasal itu dia masih kekal bersama dengan Anwar... Kalau tak jadi macam yang lain-lain... dah lebih 2 dozen menghilang meninggakan Anwar.....




TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)











 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan