Pemuda Pas batal mesyuarat

Selasa, 22 Disember 2009

Banyak sangat politik dan politiking. Banyak sangat persepsi dan tuduhan. Semua kerja tak jadi kalau macam ini. - Nabila

KOTA BHARU 21 Dis. - Dewan Pemuda Pas negeri membatalkan mesyuarat hari ini yang sepatutnya membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat itu yang pada awalnya ditetapkan petang ini di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, dibatalkan berikutan pendedahan media semalam mengenainya.

Katanya, ia menyebabkan pihak Dewan Pemuda Pas Negeri mengambil sikap tunggu dan lihat serta menantikan maklum balas pimpinan dan akar umbi Pas terlebih dahulu.

''Mereka mahu menunggu dahulu jika ada perbincangan di peringkat lain berikutan hasrat Dewan Pemuda negeri.

''Laporan awal Mingguan Malaysia itu telah memberi kesan kepada rancangan mereka membincangkan cadangan tersebut dengan lebih terperinci,'' katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu dengan lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasa untuk memutuskan cadangan desakan terhadap Abdul Ariffahami.

Rosli berpendapat, selaras konsep parti menguasai kerajaan, isu itu perlu disegerakan kerana ia menjejaskan parti lebih-lebih lagi dengan kedudukan Abdul Ariffahmi sebagai salah seorang ahli jawatankuasa dewan itu.

Abdul Ariffahmi menerusi kenyataan balasnya dalam Utusan Malaysia hari ini menganggap tindakan Dewan Pemuda Pas itu tidak bijak kerana 'memberi ruang kepada pihak musuh mengambil kesempatan' sedangkan isu tersebut telah reda dan hampir selesai.

Dalam pada itu, sumber juga memberitahu, mesyuarat Dewan Pemuda Pas tersebut sebelum ini pernah membincangkan agar Abdul Ariffahmi digugurkan daripada barisan Exco.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan