Dr Hasan reda demi kebaikan parti

Jumaat, 25 Disember 2009

Jika tidak bersalah apa yang nak dirisaukan. Jika dianggap bersalah redhalah. Itulah jiwa pimpinan. - Nabila

GOMBAK – Pesuruhjaya Pas Selangor Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Gombak, Datuk Dr Hasan Ali menerima apa sahaja keputusan Lembaga Disiplin Pas yang dibuat ke atasnya dengan hati yang terbuka asalkan ia membawa kebaikan kepada parti.

Menurutnya, beliau akan menerima apa sahaja keputusan terbabit termasuk jika diarahkan meletakkan jawatan sebagai pesuruhjaya namun berharap apa sahaja yang diputuskan dibuat seadil-adilnya tanpa ada muslihat dan beliau percaya Lembaga Disiplin Pas akan membuat sesuatu keputusan itu adalah untuk kebaikan bersama.

“Setakat ini siasatan terbabit masih lagi belum ada keputusannya dan berharap ia yang baik-baik sahaja, “ katanya ketika ditemui selepas perasmian penutup Majlis Daurah Kefahaman Islam & Penghayatan Al-Quran Remaja Masjid Ar-Rahimah di Taman Greenwood, semalam.

Menurut Dr Hasan, dua perkara penting dalam keputusan lembaga terbabit ialah soal keadilan dan juga kesannya terhadap parti.

Katanya, jika keputusan tersebut dibuat atas nama keadilan dan segala aspek telah diambil kira dan mendatangkan kesan yang yang negatif kepada parti beliau tiada masalah untuk menerimanya.

“Tetapi jika keputusan yang dilakukan dengan tidak mengikut garis-garis panduan dan ada muslihat tersendiri serta tiada keadilan kepada yang tertuduh (saya) kemungkinan besar tindakan akan diambil.

“Saya tidak mahu hasil yang dikemukakan dan yang diperoleh tiada keadilan kepada saya dan siapa sahaja yang tertuduh dalam apa jua kes, apa yang penting adalah soal keadilan serta kebenaran, “ katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan