Anwar lantik Dr Jeffrey Ketua Perhubungan PKR?

Sabtu, 19 Disember 2009

Di Terengganu, Keadilan juga bermasalah, tapi tidak dihebohkan. Nasib Baik Abdu Rahman bekas MP Kemaman ambil alih - Nabila

KOTA KINABALU - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berazam memecahkan kemelut politik PKR Sabah.

Melalui langkah yang dilihat sebagai usaha menyelamatkan masa depan politik PKR di negeri itu, Anwar dijangka melantik Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletakkan jawatan Naib Presiden PKR Oktober lalu, sebagai Ketua Perhubungan parti untuk Sabah dan Sarawak.

Menurut sumber, adalah diharapkan tindakan mengejut itu dapat memujuk Dr Jeffrey dan penyokongnya dan mengelakkan perpecahan dalam parti.

Sumber itu berkata, Anwar dijangka membuat pengumuman khas berhubung pelantikan itu pada pelancaran konvensyen parti negeri di sini esok.

Sebelum ini, khabar angin menyatakan Dr Jeffrey dijangka menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) diketuai abangnya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berikutan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR.

Dr Jeffrey, yang sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, juga dikaitkan cuba menubuhkan parti baru dipanggil Parti Cinta Sabah (PCS) tetapi menafikan akan berbuat demikian.

Dipercayai ramai Ketua Bahagian PKR termasuk Dr Jeffrey kecewa dengan keputusan dibuat Anwar melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua PKR yang baru di Sabah selepas berlaku protes Naib Presiden PKR, Azmin Ali menerajui PKR negeri itu sebelum ini.

Pelantikan itu dikatakan hanya bersifat sementara memandangkan pemilihan parti pada peringkat negeri berkemungkinan dibuat tahun depan.

Dipercayai kepimpinan PKR juga menolak hasrat bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Oktober lepas, Christina berkata, beliau kekal ahliparti dan masih memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Kinabalu. - Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan