Zul Kuala Krai Ibarat “anak nakal” dalam penjara

Jumaat, 19 September 2014


Apabila Zul Yaakub (spesis Zul Nordin) Kuala Krai membuat ucapan menyerang sebahagian perwakilan Muktamar Pemuda PAS Malaysia, ramai blogger Anti-Presiden PAS seperti Greenboc, al-Husseyn, ZAKRI ALI, Bloglist Malaysia dan berapa lagi menyiarkan berita sebagai berita utama. Sebelum ini mereka ini terkial-kial untuk mendapatkan berita yang boleh 'menghentam' ulama PAS.

Ucapan Dasar Muktamar Ke-60 yang mengandungi 14 perkara utama mengariskan pergerakan PAS tidak diambil endah, malah mereka ini lebih suka mencari keburukan daripada membuat petikan yang berfaedah di blog masing-masing.

Baca Lagi...

Suhaizan perlu urus krisis dalaman Pemuda sebagai contoh

Rabu, 17 September 2014


Secara peribadinya saya kenal susuk tubuh Ketua Pemuda PAS Malaysia ini. Cara dia berfikir, berhujah dan mencetus idea. Di mana rujukan dan ideolanya. Tahniah dan syabas atas ucapan dasar yang pada pendapat saya banyak perkara boleh dibahas dan diperincikan.

Baca Lagi...

Cg Pa kata Rafizi Bodoh, Mahfuz kata Nik Nazmi Kurang Cerdik!


Masih ingat lagi Rafizi Ramli membuat kenyataan dalam forum berkenaan "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar."

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya yang juga ahli Parlimen Pandan.


Baca Lagi...

Mohamad Sabu Beri “Lampu Hijau” kepada PasMa

Selasa, 16 September 2014


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sudah diiktiraf sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) politik apabila Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu  tidak melarang ahli parti menyertai, malah mengalakkannya pada ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Kota Tinggi petang tadi.

"Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini.|

Baca Lagi...

Hj Mohamad Sabu Sepatut Faham Kehendak Pemuda


Sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian menurut laporan beberapa portal berita melainkan Malaysian Insider yang dilihat untuk menutup berita ini.

Ada yang menyebut sekitar 50 orang perwakilan mungkin boleh disebuthampir separuh daripada perwakilan pemuda yang hadir. Yang dikenali pasti perwakilan Pahang, Terengganu, Wilayah Persetuan, Selangor dan sebahagian daripada negeri-negeri lain.

Baca Lagi...

PASMA menggunakan Jawatankuasa “hidden”

Khamis, 11 September 2014


Dalam tulisan analisis "PasMa to replace Pas in Pakatan Rakyat?" yang diterbitkan oleh Malaysia Today telah membuat analisis tentang kewujudan satu parti alternatif mengantikan PAS sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Analisis Malaysia Today juga merujuk kepada laman Tranungkite yang dikatakan antara yang paling kerap menyebut tentang PASMA sebelum perkara ini tersebar luas.

Baca Lagi...

Wan Azizah Terguris, Khalid Ibrahim Luka Parah

Rabu, 10 September 2014


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.


Baca Lagi...

PasMa Sayang Pakatan Rakyat, Orang PAS lain tak sayang ke?

Selasa, 9 September 2014



Bos Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana PASMA bimbang dengan nasib yang menimpa  Pakatan Rakyat (PR) sekarang. Pahrolrazi juga berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.


Baca Lagi...

PKR nak berpeluk dengan Ku Li, sehingga hari ini Rafizi Ramli membisu!

Isnin, 8 September 2014



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

Baca Lagi...

PKR Cuba Perangkap Sultan? Atau PKR Terperangkap?

Ahad, 7 September 2014



Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berpegang teguh dengan keputusan sebelum ini untuk menamakan seorang sahaja calon bagi jawatan itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan hanya menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas selepas dipecat dari PKR.

Baca Lagi...

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan