PKR Cuba Perangkap Sultan? Atau PKR Terperangkap?

Ahad, 7 September 2014



Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berpegang teguh dengan keputusan sebelum ini untuk menamakan seorang sahaja calon bagi jawatan itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan hanya menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas selepas dipecat dari PKR.

Dengan keputusan itu, PKR tetap mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan parti-parti dalam pakatan rakyat di Selangor menghantar sekurang-kurangnya dua nama kepada baginda sebagai calon menteri besar untuk menggantikan Khalid.

Sultan Selangor dengan beberapa orang penasihat dibelakang baginda melayan kerenah PKR dengan tenang dan bijaksana.

Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mematuhi" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu. Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR.Saifuddin Nasution membuat kenyataan PKR akan membalas surat sultan dalam masa 48 jam. Sehingga semalam PKR masih belum membalas dengan memberikan alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar negara.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata perkara itu masih belum betul-betul dibincangkan memandangkan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar negara.

Beliau juga berkata, PKR tidak mempunyai sasaran masa tertentu untuk berbuat demikian tetapi akan membincangkan minggu depan.

“Isnin, kami akan adakan perbincangan selepas Anwar kembali,” katanya.


Jika PKR gagal memberikan nama kedua mengikut maklumat pihak Istana akan mempertimbangkan cadangan daripada PAS kerana tiada cadangan lain untuk dipertimbangan.

Mengikut maklumat ini lagi, ada kemungkinan cadangakan kedua dan ketiga daripada PAS akan diperkenan sebagai MB Selangor.

Oleh kerana 30 orang Adun telah menanda tangani untuk bersetuju Datuk Wan Azizah sebagai MB Selangor dan akan menolak jika Sultan memilih mereka. 30 Adun ini termasuk 2 Adun PAS yang di'curi'. Surat akuan ini telah dilampir kepada Sultan pada 1 September yang lalu.

Tujuan PKR dan DAP buat begitu untuk memberkan tekanan kepada Sultan Selangor. Tapi sebenarnya surat akuan tidak menerima tawaran MB Selangor memerangkap PKR sendiri dimana Sultan akan memilih pilihan ketiga mengikut sumber berkenaan.

Siapa nama ketiga?

Tiada ada siapa yang tahu melainkan Presiden PAS dan Sultan Selangor sendiri. Akhbar hanya memainkan spekulasi bahawa nama ketiga adalah daripada PAS berdasarkan kenyataan SUA Pas Dato' hj Mustafa Ali.

Jika itu benar ini akan memerangkap PKR.

Tidak hairan pada sidang media tadi ada percanggahan kenyataan antara Hj Mohamad Sabu dengan Haji Mustafa Ali berkenaan pilihan Sultan.

Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

"Kita tolaklah," katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Mengikut sumber dalaman PAS menyebut bahawa kenyataan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS adalah bertujuan memaksa Presiden PAS menolak cadangan ini jika Sultan nak adun PAS menjadi MB Selangor.

Mengikut sumber dalaman PKR, PKR kini terperangkap dan cuba untuk mencari jalan memastikan 3 nama yang akan diberikan pada hari Isnin nanti selepas DS Anwar balik dari luar negara. Perbinngan Isnin nanti juga merangkami penarikan balik akuan tidak menerima jawatan yang telah dihantar kepada pihak istana.

PKR dilihat terperangkap dengan permainan politiknya sendiri kata pemberi maklumat.


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan