PasMa Sayang Pakatan Rakyat, Orang PAS lain tak sayang ke?

Selasa, 9 September 2014



Bos Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana PASMA bimbang dengan nasib yang menimpa  Pakatan Rakyat (PR) sekarang. Pahrolrazi juga berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.


"Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

"Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang 'tenat' sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan.

"(Apa yang) Berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing.

"Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada Pas, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama Umno.

"Kalau tidak kerana dua wakil Pas yang memberi  sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah, ianya berjaya menyelamatkan keadaan.

"Sebab itu melihat situasi sekarang PR dalam keadaan bahaya, jadi kami terpanggil untuk menyelamatkan keadaan," katanya.

Turut hadir dalam forum tersebut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari.


Tapi menurut pemerhati politik PasMa adalah lanjutan daripada "Projek Langgar Hadi" yang telah dimulakan semenjak beberapa tahu lalu. PasMa adalah tekanan secara lebih jelas kepada Abdul Hadi dan kepimpinan ulama dalam PAS kata pemerhati itu lagi.

Menjadi persoalan jika penubuhan PasMa adalah untuk sayangkan PR bagaimana pula dengan pemimpin PAS lain adakah mereka tidak sayang PR? Menjadi suatu yang sangat tidak munasabah kata pemerhati jika yang menyertai PasMa adalah sayangkan PR sedangkan masih dilihan disini Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS dengan jelas dan tegas menyebut tentang kepentingan PR.

Jika dilihat dengan maklumat penulisan daripada facebooker yang menyebut gabungan pimpinan PKR dan PAS yang menjayakan PasMa adalah terbukti kerana hasil tulisan tersebut dengan menyatakan beberapa langkah perancangannya nyata jelas dan tepat seperti yang ditulis.

Kenyataan PasMa bahawa TSKI bersama UMNO untuk jatuhkan kerajaan Selangor sampai hari tidak benar malah sesetengah pendapat bahawa TSKI dan exco PAS yang kini bertugas adalah pertahanan akhir kerajaan Selangor kekal sehingga hari ini dan pilihan raya negeri masih tidak boleh dilakukan.

Malah mengikut penganalisis tersebut kejatuhan PAS Kedah akibat daripada serangan yang "membabi buta" oleh kumpulan Datuk Pahrolrazi Zawawi bersama PKR dan orang-orang PKR yang disebut sebagai "Anwarinas". Serangan dan mengaibkan maklumat yang tidak benar sehingga PAS Kedah tidak mempu menjawab dan kredibiti Ustaz Azizan Razak menjadi makin menurun sedangkan sebelum ini Ustaz Azizan adalah tunggak kemenangan PAS atau Pakatan Rakyat di Kedah.

Isu ketidak upayaan Ustaz Azizan dibesarkan sedangkan pada masa yang sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga sakit. Secara secara terpilih ini antara punca perpecahan besar PAS Kedah dan menyebabkan PAS boleh dikalahkan bukan kerana Ustaz Azizan nak join UMNO nak bentuk UG kata penganalisis itu lagi.




TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan