Umat Islam Di Malaysia Ada "Kuasa Pembeli"

Khamis, 5 Jun 2014


Isu dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine) telah memberikan perbincangan hangat dikalangan umat Islam di negara ini. Isu babi dalam makanan ini bukan perkara baru, sebelum ini sudah beberapa produk lain tetapi Cadbury menjadi isu yang lebih meneyeluruh.

Walaupun JAKIM telah 'menghalal'kan kemudiannya. Cadbury menghadapi tekanan umat Islam di Malaysia kerana memboikot semua jenis coklat cadbury. Malah ada yang memboikot terus semua produk yang dikeluarkan oleh syarikat cadbury iaitu Kraft Foods atau Mondelēz.Akibat daripada tekanan ini, syarikat cadbury mengalami kerugian yang cukup besar. Untuk mengatasi masalah ini harga coklat cadbury telah turun daripada RM8.99 kepada RM6.39. Ini menunjukkan pengiklan boleh memberikan harga yang murah.


Ada juga pasaraya yang memberikan harga promosi sehingga RM1.

Kesan boikot oleh umat Islam di Malaysia boleh digunakan sebagai "KUASA PEMBELI" untuk memastikan harga-harga barang dipasaran menjadi lebih 'manasabah' untuk pengguna.

Malangnya umat Islam kurang bersatu dalam hal ini. Banyak produk-produk bukan Islam menggunakan nama dan simbol Islam untuk menguasai pasaran kepada umat Islam. Logo Masjid, Orang Kampung, Nama-mana Islam seperti zaitun dll digunakan. Umat Islam tidak prihatin dalam hal ini.


Bukan itu sahaja malah syarikat bukan Islam sanggup guna tulisn jawi dalam produk mereka. Malah kenderaan itu juga digambarkan seolah-olah 'Islamik' dengan tulisan jawi.

Umat Islam harus bersatu untuk memastikan produk yang ada di pasaran dikuasai oleh umat Islam dan kita akan AJAR mana-mana syarikat yang kurang ajar dalam menyediakan makanan untuk kita.


Kita masih tidak lupa bagaimana syarikat roti High 5 yang dulunya kilangnya cukup kotor malah tuan punya syarikat tidak memohon maaf malah mempergunaan Dr Hassan Din untuk menarik semula pembeli Islam. Cara yang sama juga digunaakan oleh syarikat cadbury memastikan syarikatnya boleh mempermainkan umat Islam.


Untuk mendapatkan pembeli Umat Islam syarikat Kraff Food telah membuat iklan diakhbar-akhbar utama Malaysia.

"Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami," tulis iklan tersebut yang disiarkan dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Sinar Harian hari ini.

Cadbury dalam iklan tersebut berkata, coklat yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin lalu mengesahkan tiada DNA babi dalam produk mereka.

"Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

"Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan,"

Umat Islam harus bersatu untuk memastikan KUASA PEMBELI boleh dimanafaat sepenuhnya demi kebaikan bersama. Jangan hanya mengharapkan kerajaan.




TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan