YB Roslee Daud Adun Bukit Besi keluar UMNO, 5 Adun lagi dijangka akan menyusul

Selasa, 13 Mei 2014


Maklumat terkini YB Roslee Daud, Pengerusi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu telah keluar daripada UMNO dan menjadi Adun Bebas.

Kedudukan kerusi Dun Terengganu sekarang adalah UMNO 14 PAS 14 PKR 1 BEBAS 3.

YB Roslee mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib yang mengambil keputusan menjadi wakil rakyat Bebas untuk memberikan tekanan kepada Najib kerana tidak mahu layan permintaan mereka.

Rata-rata ahli UMNO sudah menjadi 'bengong' dan tak tahu nak buat apa. Perpecahan ini makin parah kerana Ahmad Said mempunyai sokongan yang kuat terutama di Kemaman dimana Pemuda UMNO Kemaman memberikan sokonan penuh kepada tindakan Datuk Ahmad Said.

Sekarang tinggal 5 orang lagi dijangkan mengistiharkan keluar UMNO bila-bila. Kita tunggu dan lihat!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan