MB Terengganu baru melarang ahli UMNO terkejut!

Khamis, 15 Mei 2014


Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, MB Teregganu mengarahkan semua ahli UMNO Terengganu supaya jangan terkejut kerana ditakuti boleh KELUAR UMNO seperti Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi NegeriYB Roslee Daud (Adun Bukit Besi). Ini membahayakan kedudukan UMNO Terengganu tambah beliau!!

Roslee Daud Exco UMNO yang tak lulus SPM dulu kerani sahaja itulah tanda pertunjuk kehebatan UMNO Terengganu. Yang ada sedikit pendidikan dalam UMNO semuanya sudah jadi 'lembu' pawah di bawah UMNO Terengganu.

Sorry kerana banyak sangat berita lucu sehari dua ini berkenaan UMNO Terengganu. Rasanya artikel ini sesuai dengan 'kebodohan' UMNO Terengganu yang mendaleh dalam membela diri, termasuk HERO 1nya Ahmad Said yang kata PAS tawar Kerajaan Perpaduan dengan jawatan MB.

Artikel alasan bodoh UMNO ini di rujuk:


PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Besi, Roslee Daud mengakui membuat keputusan terburu-buru ketika mengambil keputusan untuk keluar UMNO.
Beliau mendakwa membuat keputusan itu selepas terkejut dengan berita pertukaran Menteri Besar di Terengganu.
Roslee turut mendakwa keputusan awal yang dibuat oleh beliau diambil tanpa dipengaruhi oleh sesiapa sebaliknya, dan mengaku ia merupakan kesilapan dirinya sendiri.
“Tanpa arahan sesiapa. Itu adalah keputusan saya dan pertimbangan yang saya buat ketika itu. Sebab terkejut dengan keputusan sebab sebelum ini keputusan yang telah dibuat ini kita semua tidak sedar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan antara ADUN Barisan Nasional Terengganu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra.
Pada masa sama, Roslee cukup yakin bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan kembali ke pangkuan UMNO.
Tindakan Rosli menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN telah mendapat liputan meluas media kerana ia bakal menjerumuskan Terengganu ke dalam krisis politik yang boleh membawa kepada pertukaran pentadbiran kerajaan negeri.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

hadoii malaysia dr pm hingga adun semua tak boleh pakai kepala otak...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan