Insiden terowong: JDT sekadar didenda RM30,000

Rabu, 2 April 2014


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan. Katanya lagi “Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara".

Semalam FAM buat lawak. Dalam Mesyuarat Tatatertib FAM, JDT telah didenda sebanyak RM30,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada pasukan T-Team dalam perlawanan Pusingan Kedua Piala FA.

Sebelum itu FAM telah memberi kemenangan kepada JDT sebanyak 3-0 kerana bertindak menarik diri dalam perlawanan itu. Sedangkan T-Team membuat keputusan menarik diri kerana tuan rumah gagal memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

Sekali lagi kenyataan dan tindakan FAM kelihatan berbelit-belit dan menimbulkan banyak persoalan.

Macam mana sukan bola sepak Malaysia nak maju kalau organasasi dan pengurusan semuanya berada tahap pemikiran yang "jumud dan babarian".

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan