Agaknya bila Najib Nak letak jawatan??

Ahad, 27 April 2014


Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won dimaklumkan telah meletak jawatan atas bertanggungjawab terhadap insiden feri karam yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

Katanya dalam sidang media "Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini,".

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,"

Itu maruah dan tanggungjawab sebuah negara bukan Islam. Tapi malangnya di negara, berlaku apa pun Perdana Menteri makin bernafsu untuk terus memenggang jawatan.

Dimana muka Najib nak disorok dalam hal ini??

MH370 hilang, Najib bukan nak bertanggungjawab malah dia "hilang" sekali untuk melarikan diri daripada media.

Selagi UMNO dan BN memerintah negara kita tidak akan ada maruah!

Berita lanjut berkenaan perletakkan jawatan Chung Hong-Won di bawah:-
Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat.

"Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen.


"Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini.



|"Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)."



Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat.



Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang.



"Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung.



"Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan