TUDM sangka MH370 diarah patah balik jawapan yang tidak bertanggungjawab!

Rabu, 26 Mac 2014


Sebelum ini Perdana Menteri DS Najib dalam sidang di KLIA mengatakan "Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia"

Dalam kenyataan tersebut DS Najib juga berkata "Di saat itulah juga, radar utama TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang dipercayai adalah pesawat MH370 telah terbang ke arah barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia sebelum bertukar arah ke barat daya, namun jenis dan identiti pesawat tersebut tidak dapat disahkan"

Hari ini Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri di Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Makin pening kita dibuatnya. Lagi pening kalau kita fikir tentang keselamatan negara kita.

1. TUDM main sangka-sangka aje ke dalam isu keselamatan??

2. Kenapa TUDM tak menghubungi menara kawalan untuk pengesahan sangkaan ini?

3. Kenapa menara kawalan yang tidak dapat kesan MH370 tidak pula menghubungi TUDM untuk pengesanan sedangkan TUDM mempunyai radar skunder berbanding menara kawalan mempunyai radar primier.

Pada logik bila radar menara kawalan tidak dapat mengesan akibat trasfonder dimati atau termati radar skunder masih boleh mengesannya.

TUDM juga mengesahkan mengesan titik hitam pada jam 2.40 pagi yang berpatah balik. MAS tahu MH370 tidak memberi respon sejak 1.30 pagi. Hampir satu jam lebih kenapa MAS tak hubungi keselamatan negara TUDM??

Lagi banyak kenyataan dikeluarkan, lagi banyak teka-teki misteri MH370 tidak terungkai!

0 comments:

Catat Komen

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan