Betul ke, Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil??

Selasa, 4 Mac 2014

Saya terbaca tulisan Datuk Hussan Musa, Naib Presiden PAS; Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu.

Ketika itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada 1982.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di bawah ISA.


“Kami sengaja menganjurkan forum tersebut bagi mendengar dari mulut Kassim sendiri mengenai pengalaman berada di bawah ISA.

“PMUM juga menjemput Anwar sebagai panel kerana beliau sebagai presiden Abim. Namun apabila tiba masanya Anwar tidak datang.

“Jadi saya sebagai pengarah program datang mendapatkannya di Yayasan Anda tidak jauh daripada UM. Anwar memberitahu beliau tidak datang kerana Ustaz Fadzil melarang menyertai forum tersebut,” katanya pada ceramah di Guchil Bayam di sini malam tadi.

Husam berkata, beliau dan rakan-rakan keliru dan tidak dapat memahami apa maksud larangan Ustaz Fadzil sehingga terpaksa dipatuhi Anwar.

Menurutnya hanya selepas tiga hari kemudian beliau dapat memahami larangan Ustaz Fadzil kepada Anwar kerana telah lama mengetahui pendirian songsang Kassim terhadap agama.

“Ustaz Fadzil begitu tinggi bacaan politik kerana lebih awal mengetahui apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu Kassim diberi muka kerana kesesatannya,” ujarnya lagi.

Saya terfikirkan pula, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi (semasa itu ABIM juga) dan ramai lagi kalau saya tulis mungkin berjela-jela panjangnya senarai nama tak setuju dan melarang Anwar masuk UMNO, Tapi Anwar Ibrahim tetap masuk UMNO. Tak dengar cakap Ustaz Fadzil Mohd Noor.

ABIM pada masa itu berpecah menjadi 4 kelompok, ABIM pro UMNO, ABIM pro PAS, ABIM Perlis dan ABIM.. Inilah tiitk kemusnahan ABIM tahun 1982!

Apalah sangat nak dibandingkan dengan berdebat dengan Kasim Ahmad...
mungkin anda tak setuju dengan tulisan saya..




0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan