Dr. Mahathir berundur dari Petronas

Isnin, 2 Disember 2013

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak negara, Petronas Berhad, berkuat kuasa hari ini.

Menurut salinan surat yang diperoleh Utusan Malaysia, surat perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir, 88, tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.

Sumber-sumber ketika dihubungi berkata, Dr. Mahathir berasakan beliau kini perlu mengurangkan masa pejabatnya.

''Ini sekali gus bermakna Dr. Mahathir sudah menyumbang tenaga kepada agensi-agensi kerajaan ini selama 10 tahun, sejurus selepas beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pengunduran Dr. Mathathir itu turut meliputi tugasnya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TDA).

Satu lagi peranan penasihat yang dipegang oleh Dr. Mahathir ialah dalam syarikat automotif nasional, Proton Holdings Berhad (kini anak syarikat milik penuh kumpulan DRB-Hicom).

Dr. Mahathir dianggap sebagai pengasas syarikat Proton dalam usaha menyediakan kereta mampu dimiliki rakyat dan memajukan industri automotif di Malaysia.

Keputusan negarawan tersebut berkemungkinan didorong oleh faktor kesihatan berikutan gangguan kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.

Dr. Mahathir dirawat hampir 10 hari bermula 16 November lalu di Institut Jantung Negara setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

CERITA RINGKAS PANASSS..DAN BENAR.....
PESAWAT MAS MH370 TELAH HANCUR AKIBAT TERKENA TEMBAKKAN LATIHAN PELURU PANDU NAVY CHINA

Tanpa Nama berkata...

HARI NI KOMEN...ESOK DAH TAK ADA...NAK PERCAYA CAYA ..TAK PERCAYA SUDAH..MEMANG ITU LAH SEBENARNYA APA YANG TERJADI MH370..DEMI MARUAH NEGARA CHINA.MALAYSIA TERPAKSA MERAHSIAKAN SEBAB DAH BANYAK TERHUTANG BUDI DENGAN NEGARA CHINA..KUASA NEGARA BESAR.TEMBAK DAN RAHSIAKAN.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL APA YANG TUN DR.M KELUARKAN KENYATAAN AKHBAR THE SUN 19 MAY 2014.CHINA ACCIDENTLY SHOOT DOWN MH370...SOMEONE HIDDING THE TRUTH..BUT ONE DAY THE THRUTH WILL COME OUT.TRUST ME

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan