Tarikh lihat anak bulan Ramadan 8 Julai

Rabu, 3 Julai 2013

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa adalah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan," kata kenyataan itu. - Bernama, 3 Julai, 2013.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan