SPRM perlu peruntukan baru perangi rasuah

Jumaat, 14 Jun 2013

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan menyeluruh semua pihak termasuk mengadakan peruntukan-peruntukan baru bagi memperkasa usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tanpa kerjasama menyeluruh dan peruntukan undang-undang yang lebih berkesan, usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan hasil seperti diharapkan rakyat.

Katanya, pihaknya mempunyai indikator yang menunjukkan sokongan rakyat semakin meningkat ekoran program-program transformasi termasuk  penggubalan Akta SPRM 2009.

"... tetapi negara memerlukan peruntukan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan semasa.

"Jika tidak diberi kuasa yang lebih berkesan, usaha-usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan impak yang mendalam.

"Kita perlu bersama, tidak kira ideologi politik, rasuah adalah jenayah. Kalau undang-undang tidak cukup, kita perlu buat pindaan, kita perlu sokong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Editor di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tambah beliau, SPRM memerlukan kerjasama lebih menyeluruh daripada orang ramai selaras dengan program transformasi yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya ini.

Untuk rekod, SPRM ditubuhkan pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Kami memerlukan sokongan media, ada kekurangan... semua pihak perlu menyokong usaha-usaha yang mengesyorkan pindaan undang-undang dan peruntukan-peruntukan baru," katanya lagi. - SINAR HARIAN

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan