Netanyahu bakal menjatuhkan Obama?

Khamis, 13 September 2012


Pemimpin pembangkang Israel Shaul Mofaz berkata, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu berupaya menggulingkan pemerintahan Presiden Amerika Barack Obama kerana perselisihan pendapat atas program nuklear Iran.

"Tolong jelaskan kepada kami, siapa musuh terbesar Israel, AS atau Iran? siapa yang lebih Anda takutkan, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad atau Obama? Pemerintahan mana yang lebih penting untuk digulingkan, di Washington atau di Tehran?," kata Mofaz di parlimen Israel kepada The Jerusalem Post sebagaimana dilapurkan Press TV.

Mofaz juga menuding Netanyahu telah menyebabkan ketakutan dan kepanikan di kalangan rakyat Israel mengenai masalah Iran. "Perang hanya dapat dilancarkan jika tidak ada pilihan," katanya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, hubungan antara Tel Aviv dan Washington semakin tegang setelah Netanyahu secara terbuka mengkritik Obama tentang isu nuklear Tehran.

Pada l 2 September lalu, Netanyahu menyerukan kepada masyarakat antarabangsa untuk menetapkan garis merah kepada Iran keraana program nuklearnya.

Rumah Putih hanya mendiamkan diri di seruan PM Israel itu dan Menteri Luar Negeri Ameraika, Hillary Clinton mengatakan, Washington tidak menetapkan waktu untuk penyelesaian diplomatik berkait dgn perdebatan Barat atas program nuklear Tehran.

Mendengar pernyataan Clinton, Netanyahu geram dan pada 12 September lalu beliau mengeluarkan statemen tegas bahawa AS tidak memiliki hak untuk melarang Israel melancarkan serangan terhadap Iran.

Sementara itu, akhbar Israel Haaretz melaporkan bahwa Netanyahu telah memohon satu permintaan untuk bertemu dengan Obama selama kunjungan nya ke New York untuk menghadiri sidang Majlis Umum PBB, tetapi Rumah Putih menolak permintaan itu dengan menyatakan bahwa jadual Presiden AS itu sudah padat dan tidak mengadakan pertemuan itu.

Najaf/Hapsari IRNA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan