Bacaan Al Quran dalam kapalterbang Turkish Airline

Jumaat, 13 Januari 2012


Syarikat penerbangan Turki, Turkish Airlines mengumumkan bahwa mereka telah menambahkan satu lagi khidmat layanan baru yang akan diberikan kepadapara penumpang kapalterbang yg menggunakan khidmat syarikat nya, Turkish Airline..

Jurucakap Turkish Airline berkata, para penumpang akan berpeluang untuk mendengar bacaan Al Quran dan disediakan juga terjemahan mana mana bahasa yg diingini penumpang. Disamping menyediakan 4 bahasa secara tetap.

Idea untuk menyediakan khidmat ini juga setelah mengambil kira keinginan para penumpang untuk mendengar bacaan Al quran semasa dalam penerbangan. Malah syarikat penerbangan itu juga telahmenanda tangani satu kontrek dengan Jabatan Urusan Agama Turki untuk memberikan layanan keagamaan untuk para penumpang pesawat dengan cara yang terbaik.

Katanya lagi, dimasa akan datang pihak syarikat juga akan menyediakan tayangan Video bacaan Al Quran semasa dalam penerbangan.

Mana tahu mungkin juga syarikat penerbangan Negara ini MAS, juga bakal mengikut jejak syarikat penerbangan Turki ini..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan