Tambahan RM4b subsidi minyak - kerana buku Jingga?

Khamis, 10 Mac 2011

Kerana cuba untuk menyaingi apa yang terdapat di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. Bulan ini masih belum ada kenaikan harga minya untuk Ron97 sedang sebelum ini beriya sangat kata harga minyak itu ikut pasaran dunia. Kita ditipu bulat-bulat oleh pimpinan UMNO/BN.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerajaan dijangka menambah RM4 bilion lagi untuk subsidi minyak tahun ini sekiranya harga pasaran minyak mentah global kekal tinggi melepasi paras AS$100 (RM302) setong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tambahan tersebut terpaksa dibuat sekiranya negara tidak menyelaraskan semula harga minyak petrol (RON95) dan diesel.

“Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu.

“Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat ini,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, kata beliau, kerajaan amat komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras enam peratus pada tahun ini walaupun bakal berhadapan beberapa cabaran.

Menurutnya, antara cabaran itu termasuk pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding 2010, pengurangan permintaan eksport Malaysia terutama ke atas produk pembuatan dan peningkatan harga minyak mentah global serta komoditi.

“Peningkatan harga minyak mentah dan komoditi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia bergerak perlahan. Kerajaan akan pantau perkembangan ini dengan sangat teliti dan akan mengambil apa jua langkah yang perlu.

“Antara langkah yang akan kerajaan ambil seperti menggerakkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta memastikan permintaan domestik terus berada pada tahap yang kukuh,” jelas beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan