Bekas setiausaha politik mengaku tidak bersalah pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta

Khamis, 10 Februari 2011

BUTTERWORTH 10 Feb. - Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta.

Hasbie, 38, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zairan Aman.

Mengikut pertuduhan, Hasbie didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM2,134,656 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 4-10 Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Telok Air Tawar, dekat sini, pada 11 Februari tahun lalu.

Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan 14 Mac depan untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin. - Utusan

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan