Tambahan Subsidi Sebanyak RM260 Juta Jika Harga Gula Kekal

Isnin, 4 Januari 2010

Yang kerajaan ambil cukai rakyat tiap-tiap tahun naik dan pelbagai cukai dikenakan tak pula bising. - Nabila

BERA: Kerajaan terpaksa menambah peruntukan subsidi gula sebanyak RM260 juta setahun jika harga gula di pasaran kekal pada harga RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya walaupun berlaku kenaikan bahan itu sebanyak 20 sen setiap sekilogram kerajaan masih memberikan subsidi berjumlah RM1.2 bilion seperti subsidi tahun lepas.

Beliau berkata rakyat seharusnya memahami masalah kenaikan harga bahan itu dan bukannya kerajaan bertujuan menghapuskan subsidi atau membebankan rakyat.

"Walaupun perjanjian harga gula mentah yang kita beli secara pukal sebanyak 70 peratus daripada negaranegara pembekal akan tamat pada tahun 2011 tetapi kita terpaksa membeli 30 peratus lagi dengan harga baru mengikut pasaran semasa.

"Harga gula di negara kita masih rendah iaitu RM1.65 sekilogram berbanding di negaranegara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan lainlain," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan para pekerja kilang kelapa sawit Felda Bukit Kepayang dan acara pesta membuat bubur asyura dekat Bera di sini, semalam.

Beliau berkata kerajaan memberi subsidi sebanyak 80 sen bagi setiap sekilogram gula yang sekarang ini dijual pada harga RM1.65.

Sebahagian besar gula dibeli dari Brazil, Thailand, Australia dan beberapa buah negara pengeluar lain, katanya.

Walaupun Thailand dan beberapa buah negara yang lain menjadi negara pengeluar dan pembekal, beliau berkata negara berkenaan menjual gula di negara masingmasing mengikut harga semasa antara RM2.50 hingga RM2.60 sekilogram.

"Rakyat perlulah mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman bagi menangani kenaikan dan ini secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan rakyat daripada dihinggapi penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

"Menurut kajian rakyat Malaysia adalah yang terbanyak mengambil gula dibandingkan dengan rakyat negara lain iaitu lebih 20 sudu gula sehari bagi setiap seorang," katanya.

Beliau berkata kadar sepatutnya ialah setiap seorang hanya perlu mengambil tujuh sudu gula sahaja sehari. BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan