SPRM Serbu Pejabat Exco Kerajaan Selangor

Khamis, 21 Januari 2010

CHRISTINA TAN

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) telah menyerbu dan mengeledah pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari dan kemudiannya menahan setiausaha eksekutifnya hari ini.

Setiausaha tersebut, Hussien Ahmad, 62, telah dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoalsiasat pada lebih kurang jam 3.30 petang.

Pasukan SPRM yang diketuai oleh Superintenden Premraj Victor telah bergerak ke pejabat Yaakob yang terletak di tingkat 14 bangunan sekretariat kerajaan negeri turut merampas beberapa dokumen berkaitan dengan kegiatan melombong pasir di negeri itu dan juga dokumen berkaitan dengan perjalanan ke luar negara.

Hussien kelihatan meninggalkan bangunan sekretariat kerajaan negeri itu menggunakan keretanya sendiri ditemani seorang pegawai SPRM sementara Yaakob mengikuti mereka dari belakang.

Yaakob adalah pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan.

Ketika ditemui berkata, beliau dimaklumkan mengenai kedatangan pegawai-pegawai SPRM pada lebih kurang jam 11.15 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke pejabat semula daripada menghadiri mesyuarat di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Yaakob juga berkata, SPRM turut meminta perincian mengenai profil syarikat yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir dan juga tentang perjalanannya ke Hangzhou dan Beijing di China.

Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam kerajaan negeri, Ginie Lim berkata, pada mulanya memang ada usaha menghalang Hussien daripada dibawa keluar oleh SPRM memandangkan kes berkaitan pekeliling am kerajaan negeri yang melarang SPRM membawa keluar kakitangannya daripada bangunan kerajaan negeri untuk disoal siasat masih dalam perbicaraan mahkamah.

Bagaimanapun, Hussien terpaksa akur dengan arahan SPRM kerana mereka membawa waran tangkap, katanya.

Menurut Ginie lagi, pegawai-pegawai SPRM turut menyerbu pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja pelombongan.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengulas mengenai kejadian ini berkata, apa yang dilakukan oleh SPRM itu adalah merupakan sebahagian daripada tugas mereka tetapi mengingatkan agar tidak terkeluar daripada bidang tugas yang dibenarkan di bawah agensi pencegahan rasuah itu.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan