Rayuan ganti rugi kepada Khalid Jafri ditangguh

Rabu, 13 Januari 2010

Harakah perlu cermat dan bijaksana dalam mengolah isu. _Nabila

PUTRAJAYA 13 Jan. - Rayuan Pas dan tiga yang lain terhadap satu perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM200,000 kepada penulis Allahyarham Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, ditangguhkan hari ini bagi membolehkan balunya, Datin Rozihan A.Ghani sebagai responden menggantikan suaminya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk K.N. Segara, membenarkan permohonan peguam Khalid Jafri, Shamsul Bahrain Ibrahim untuk penangguhan itu kerana beliau memerlukan masa bagi menggantikan nama responden dalam rayuan itu.

Khalid Jafri, penulis buku kontroversi, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, 65, meninggal dunia pada 29 Ogos, 2005, akibat komplikasi disebabkan kencing manis.

Pada 13 Ogos, 2001, Pas, sebagai pemilik dan penerbit Harakah, editor Harakah, Zulkifli Sulong; penerbit Syarikat Prema dan ketua Bahagian bahasa Inggeris Harakah, Muhammad Abdul Rahman Koya diperintahkan membayar RM200,000 kepada Khalid Jafri kerana memfitnah beliau dan menerbitkan kenyataan fitnah tanpa mengambil kira kebenaran atau sebaliknya.

Syarikat Prema ialah perayu dalam rayuan pertama sementara PAS, Zulkifli dan Muhammad Abdul Rahman Koya ialah perayu dalam rayuan kedua. - Bernama


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan