Penjenayah perang Bosnia ditahan

Rabu, 13 Januari 2010

Ramai lagi yang bebas dan terlepas daripada siasatan atas kekejaman kepada umat Islam - Nabila

STOCKHLOM 13 Jan. - Para pendakwa Sweden berkata, seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah perang di Bosnia 18 tahun lalu telah ditahan di utara Sweden.

Pihak berkuasa berkata, lelaki berusia 43 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan penjara di kem Bosnia pada tahun 1992, ketika mana orang-orang awam Bosnia Serb diserang.

Lelaki berkenaan dipercayai telah melakukan pembunuhan, penculikan dan melanggar konvensyen Geneva kerana melakukan penyeksaan serta keganasan terhadap tahanan.

Lelaki warga negara Sweden itu akan di tahan reman sehingga sehingga pihak pendakwa membuat keputusan Khamis ini. - AP

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan