Pengawal Mesir terbunuh, 10 rakyat Palestin cedera

Khamis, 7 Januari 2010

Umat Islam telah mula memetingkan diri sendiri dan berbalah sesama sendiri. - Nabila

RAFAH 7 Jan. – Tentera keselamatan Mesir dan rakyat Palestin bertempur di sempadan Genting Gaza semalam disebabkan kelewatan konvoi bantuan antarabangsa menyebabkan seorang pengawal sempadan negara ini terbunuh dan 10 rakyat Palestin cedera.

Agensi berita Mesir melaporkan, rakyat Palestin telah menembak dan membunuh pengawal sempadan di menara pemerhati.

Pemerintah Gaza, Hamas sebelum ini telah menggesa supaya mengadakan demonstrasi ekoran kelewatan konvoi bantuan antarabangsa di bandar pelabuhan Mesir berdekatan, El-Arish.

Keadaan bagaimanapun menjadi tidak terkawal apabila beratus-ratus pemuda mula membaling batu ke arah pengawal sempadan Mesir. – AP


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan