Pejuang UMNO dahulu tiada motif peribadi

Sabtu, 2 Januari 2010

Dulu UMNO ok sekarang tak. Betul kata Tun Mahathir busuk sehingga ke pangkal - Nabila

SURA JETTY - “Dahulu, kami berjuang dalam UMNO kerana keikhlasan, walaupun tak dapat apa-apa, namun kami tetap bersama perjuangkan parti, tapi sekarang sudah berlaku sebaliknya,” kata Tokoh Wanita UMNO Negeri 2007, Hafsah Abdul Jalil.

Hafsah yang pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun selama lebih 20 tahun bermula 1949 berkata, UMNO ketika itu memainkan peranan yang amat penting dalam menyatupadukan orang Melayu, terutama dalam usahanya menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris yang pada masa itu masih menjajah Tanah Melayu.

Beliau yang memulakan karier politiknya di Bukit Besi berkata, ketika itu UMNO adalah platform untuk orang Melayu memperjuangkan haknya.

Sebab itu katanya, mereka yang menganggotai UMNO tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi, sebaliknya memperjuangkan hak bangsanya.

“Lebih 20 tahun saya berjuang dalam UMNO, tapi tidak mengharapkan apa-apa sebab perkara pokok yang menjadi keutamaan kami pada ketika itu adalah menuntut hak bangsa Melayu yang sudah dirampas penjajah.

“Semua orang Melayu bersatu tanpa mengira kedudukan. Dari Selatan, Timur, Barat dan seluruh pelosok tanah air, darah perjuangan telah mengalir dalam diri kami dan matlamat kami hanya satu, untuk membebaskan tanah air demi, agama serta bangsa Melayu,” katanya ketika berkongsi pengalaman dengan :Sinar Harian :sewaktu menerima kunjungan daripada wakil UMNO Cawangan Sura Utara di kediamannya dekat sini.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Sura Utara, Che Harun Che Ismail berkata, prinsip perjuangan yang dimiliki Hafsah sepatutnya diteladani semua ahli UMN0 hari ini, lebih-lebih lagi UMNO kini dilihat semakin parah dengan krisis kepimpinan.

“Selain mengadakan kunjungan sebagai tanda prihatin ahli UMNO cawangan Sura Jetty kepada bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada parti, kisah perjuangan yang dikongsi bersama tokoh wanita UMNO ini juga boleh dijadikan panduan untuk kami yang masih baru dalam bidang politik,” katanya.





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan