Orang Ramai Boleh Nilai Prestasi Balai Polis Dalam 'Big League Tables'

Jumaat, 8 Januari 2010

Panggil semua orang yang polis minta rasuah. Rasnya boleh muat Padang Bola. - Nabila

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh membuat penilaian dan memantau secara terus prestasi setiap balai polis melalui "Big League Tables" yang menjadi metodologi baru Polis Diraja Malaysia bagi memastikan peningkatan prestasi perkhidmatan mereka.

Kaedah itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di Maktab PDRM di Cheras di sini hari ini sebagai sebahagian usaha mengurangkan kadar jenayah yang menjadi satu daripada keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pasukan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata "Big League Tables" itu akan menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran sepertimana yang ditetapkan atau sebaliknya.

"Kita akan melantik beberapa pihak termasuk pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai untuk melakukan pemantauan dan kajian awam.

"Ini bagi memastikan penyampaian dalam perkhidmatan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras dalam melaksanakan tugas kepada orang awam terutama dalam program komuniti polis, penyiasatan dan rondaan bagi mengurangkan jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan Inovasi dan Kualiti Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Musa berkata mengurangkan kadar jenayah yang menjadi satu daripada keutamaan dalam NKRA akan menjadi faktor penentu kedudukan balai polis itu dengan mensasarkan penurunan indeks jenayah kekerasan sebanyak lima peratus, penurunan 20 peratus jenayah jalanan dan peningkatan lima peratus dalam program komuniti polis.

"Big League Tables" itu akan memastikan setiap anggota dan pegawai polis dapat memberikan perkhimatan terbaik untuk orang ramai, katanya.

"Kepuasan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan terbaik juga akan menjadi salah satu pengukur pada rangking itu," katanya.

Terdahulu, Musa memakaikan Pemakaian Pangkat Kehormat SAC 1 kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam.

Beliau berkata Mahmood akan menjadi komander bagi polis sukarela yang membabitkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela bagi memastikan kelancarannya.- BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan