Najib Tun Razak dianugerahi anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)

Ahad, 17 Januari 2010

RIYADH: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dianugerahi anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam.

Upacara penganugerahan itu berlangsung di Conference Palace, di mana sebelum itu Najib menghadap Raja Arab Saudi itu sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

"Saya amat berbesar hati dengan kesudian baginda menganugerahkan anugerah ini. Saya menganggap ini sebagai tanda hubungan erat yang terjalin antara Arab Saudi dan Malaysia," kata Najib kepada pemberita sebelum berlepas ke Abu Dhabi untuk memulakan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata ini juga melambangkan potensi bagi kerjasama lebih luas yang boleh dijalin antara kedua-dua negara Islam bukan sahaja demi faedah bersama tetapi juga bagi umat Islam secara keseluruhan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis penganugerahan itu.

Pemimpin lain yang pernah menerima anugerah itu termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Raja Abdullah, Najib berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan peluang kepada firma Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi Arab Saudi.

"Kita juga menghargai minat beberapa pihak di Arab Saudi untuk melabur di Malaysia, seperti PetroSaudi International Ltd yang telah menjalin usahasama dengan 1Malaysia Development Bhd," katanya.

Najib berkata entiti Malaysia yang memiliki dana besar boleh menimbangkan melabur di Arab Saudi dan mengambil bahagian, sebagai contoh, dalam pembangunan semula kota suci Mekah.

Selain pembinaan, pengurusan projek dan teknologi maklumat merupakan bidang lain yang syarikat-syarikat Malaysia boleh ceburi dengan jayanya, katanya.

Najib berkata Raja Abdullah juga kagum dengan tingkah laku baik jemaah haji Malaysia.

"Baginda berpendapat jemaah haji Malaysia merupakan yang terbaik daripada semua jemaah. Baginda bertitah sepanjang pengetahuan baginda, jemaah haji Malaysia tidak pernah menimbulkan masalah," katanya.

Mengenai inisiatif Raja Abdullah untuk menggalakkan dialog antara agama, Najib berkata Malaysia juga mahu meningkatkan persefahaman antara rakyat yang menganut agama dan kepercayaan berbeza.

Perdana Menteri berkata Raja Arab Saudi itu juga menyentuh mengenai perkembangan di Afghanistan dan keganasan.

"Wujud keperluan bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam menangani ancaman keganasan dalam apa juga bentuk," katanya dan menurutnya perjanjian rasmi mengenai perkara itu mungkin akan dimeterai.

Najib juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al-Faisal.

Sementara itu, Rosmah mengambil peluang melawat Universiti Al Faisal di ibu negara Arab Saudi dan meluangkan masa di Yayasan Raja Faisal, difahamkan merupakan antara yayasan kebajikan terbesar di dunia. BERNAMA


1 comments:

m berkata...

For only matures guys and romatic people Malaysia and singapore Do u want to make fast money starting from RM 9000 each night, we can connect you to VIP super rich sugar daddy/ sugar mommy/LGBT and lot more, stable income, earn RM 9000 TO RM 10,000 each night .. Whats app +60163875680 ) and get registered for fast connection. Strictly for matured and romantic ladies and gentlemen. Contact agent Mick , (whats-app +60163875680 )
we have different sugar mummy of all class who are ready to pay as much as 9,000rm per night all you need to do is to have sex withthe lady be sexually romantic on bed and get paid for your service we offer sugar mummy/daddy/gay/ lesbian all over Malaysia and Singapore.These ladies they are divorced and single ladies there is no risk involve we have per-time services and longterms hookup terms hookup.applicant can make above RM50,000 Per month. sugar mummy and daddy have change the life of many young boys and girls in Malaysia mummy pay you rm9,000 each time you meet her our hookup venture in 100% legal risk free. we are one true legitimate agency in Malaysia for urgent hookup whatsaapp (+60163875680) Mr Mick and get connected.. say no to poverty and become a boss of your own

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan