Mohd Nasir dilantik Setiausaha Pas baru

Ahad, 17 Januari 2010

ALOR LINTAH – :Pas Kawasan Besut melakukan rombakan kecil dalam struktur utamanya sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Yang Dipertuanya, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, mesyuarat Pas Kawasan Besut yang bersidang pada 10 Januari lalu bersetuju melantik Mohd Nasir Awang sebagai Setiausaha Pas kawasan yang baru.

Menurutnya, lulusan pentadbiran perniagaan dari universiti di Amerika Syarikat itu pernah berkhidmat sebagai Penyunting Rencana Harakah, Pegawai Penyelidik Badan Perhubungan Pas negeri Terengganu dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat.

“Mohd Nasir juga bekas AJK Penerangan Badan Perhubungan Pas (BPP) negeri, selain bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut dan AJK Pas kawasan untuk beberapa penggal,” katanya.

Wan Azhar berkata, Mohd Nasir menggantikan Adam Mat Said yang dilantik sebagai Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera selepas Abdul Abdul Azizi Datuk Abas mengambil keputusan mengosongkan jawatan itu bagi memberi laluan kepada tokoh muda menggalas cabaran semakin kompleks.

Abdul Aziz pula akan memberi fokus terhadap jawatannya sebagai Timbalan Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Besut.

“Rombakan kecil ini diharap membantu memperkasakan lagi persiapan Pas Kawasan Besut bagi menjadikan daerah ini sebagai pintu masuk kemenangan kepada Pas Terengganu menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan