Majlis Peguam Yakin Isu Penggunaan Kalimah Allah Akan Dapat Diselesaikan

Jumaat, 8 Januari 2010

Selesai kalimah Allah jika kerajaan tak main mainan politik - nabila

PUTRAJAYA: Majlis Peguam yakin isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, akan dapat diselesaikan, kata Presidennya Ragunath Kesavan.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan pihaknya di pejabat Perdana Menteri di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

"Perdana Menteri memberi jaminan isu tersebut akan dapat diselesaikan. Beliau faham masalah itu dari keduadua belah pihak."Kita tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Najib selama kira-kira setengah jam, di sini.

Antara wakil Majlis Peguam yang lain ialah Naib Presidennya Lim Chee Wee dan Setiausahanya George Varughese.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya turut mencadangkan penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman.

"Sesiapa yang tidak mampu untuk membayar peguam, boleh mendapatkan bantuan melalui yayasan tersebut.

"Berdasarkan statistik, kira-kira 80 peratus orang yang dihadapkan ke mahkamah tidak mempunyai peguam untuk membela mereka. Ia merupakan statistik yang tinggi," katanya.

Beliau berkata Najib memberi jaminan untuk menimbang cadangan penubuhan yayasan itu yang dijangka akan ditubuhkan pada tahun ini.

Selain itu, katanya, fasa pertama projek, Perlembagaanku, telah dilancarkan dua bulan lalu, yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat di negara ini mengenai Perlembagaan Malaysia.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya memohon kerjasama dan bantuan kewangan daripada kerajaan kerana melalui projek itu ia akan memberi kesedaran dan membantu rakyat Malaysia memahami isuisu perlembagaan, hak asasi, kedudukan agama Islam dan sebagainya.

"Perdana Menteri berjanji akan memberi pertimbangan dan mengkaji cadangan itu serta berjanji akan membawa perkara itu ke Kabinet," katanya.

Beliau berkata, turut dibincangkan ialah mengenai badan kehakiman di negara ini yang mula mendapat keyakinan daripada masyarakat.- BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan