Lagi Kejadian Bumbung Runtuh, 10 Kereta Rosak

Rabu, 13 Januari 2010

Runtuh-runtuh, Terengganu Darul Runtuh. - Nabila

KUALA TERENGGANU: Boleh dikatakan Terengganu sinonim dengan kejadian bumbung runtuh selepas Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM280 juta runtuh di Gong Badak dekat sini pada 2 Jun tahun lalu.

Kemudian pada 21 Disember pula penghadang cahaya sebuah stesen bas di daerah Hulu Terengganu yang dalam pembinaan yang runtuh mengakibatkan tiga pekerja Bangladesh cedera.

Kali ini kejadian bumbung runtuh berulang mengakibatkan 10 buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu jengkaut berkenaan Jamali Harun, 40, dipercayai secara tidak sengaja telah terlanggar hujung bumbung garaj itu.

"Semasa hendak menjalankan kerja-kerja mengangkut barang bagi tujuan pembinaan pagar di syarikat tersebut, timba jengkaut itu telah terlanggar hujung bumbung garaj berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan pemandu jengkaut tersebut panik dan mengundurkan jentera berat itu menyebabkan timba jengkaut tersangkut pada bumbung asbestos sebelum kesemua tiang garaj itu runtuh.

"Ia mengakibatkan bumbung garaj yang mempunyai keluasan 12 meter lebar, lima meter panjang dan lapan meter tinggi itu runtuh dan menghempap 10 buah kereta yang diletakkan di bawahnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, kesemua kenderaan terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan dua daripadanya pecah cermin hadapan.

Menurut Mohd Faudzi, kereta terlibat ialah empat buah kereta Perodua Kancil, dua buah kereta Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Proton Wira, Proton Iswara, Proton Pesona dan Honda Civic yang kesemuanya dimiliki oleh kakitangan syarikat itu iaitu Q-Bena Resources Sdn Bhd.

Kesemua pemilik kenderaaan yang terlibat bersama pemandu jengkaut kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Katanya, pemandu dan kenderaan tersebut mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah.

Sementara itu, Jamali berkata semasa kejadian beliau bersama dua lagi rakannya sedang menjalankan kerja-kerja mengangkut barang di kawasan itu sebelum jengkautnya tersangkut pada bumbung garaj kereta itu.

"Sepanjang 10 tahun saya memandu jengkaut, ini kali pertama kejadian seumpamanya berlaku," katanya yang kesal dengan kejadian. - BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan