Kesalahan besar Barat wujudkan Israel

Khamis, 21 Januari 2010

Tun Mahathir sepatutnya melihat dirinya, dia juga yang menyebabkan UMNO busuk sampai ke usus kerana dialah pimpinan UMNO 22 tahun. - Nabila

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kesalahan paling besar barat adalah apabila mereka mengiktiraf dan mewujudkan negara haram Israel di bumi Palestin sehingga mencetuskan ketidakstabilan di Asia Barat.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri mahu negara barat menebus balik kesalahan tersebut dengan sekurang-kurangnya membenarkan penduduk asal Palestin yang dihalau sebelum ini kembali ke negara asal mereka untuk hidup bebas seperti manusia lain.

"Hakikatnya, Israel yang telah merampas tanah, harta benda dan membunuh mereka yang tidak berdosa tanpa langsung sebarang perasaan perikemanusiaan dan ini disokong pula oleh negara-negara kuasa besar.

"Saya yang berkesempatan melawat Palestin telah menyaksikan orang Palestin bukan sahaja dinafikan hak tetapi mereka juga langsung tidak mendapat layanan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Agung Untuk Pembelaan Baitulmaqdis anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) di sini hari ini.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan