Kedudukan Mahmoud Abbas dipertikai

Isnin, 4 Januari 2010

Isreal tu sah tak, patutnya di tanya dahulu. - Nabila

BAITULMAQDIS 3 Jan. - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman hari ini mempersoalkan sama ada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mewakili seluruh rakyat Palestin memandangkan beliau tidak memiliki kuasa di Genting Gaza.

"Rakan kita di Palestin, Abu Mazen (Abbas) menimbulkan masalah. Adakah beliau mewakili semua rakyat Palestin? Jelas bahawa beliau tidak mewakili Gaza, manakala kedudukan beliau di Tebing Barat juga diragui," kata Lieberman kepada radio awam.

Tokoh ultranasionalis tersebut menyifatkan sebarang perjanjian yang ditandatangani dengan Abbas sebagai perjanjian dengan pemimpin Fatah iaitu parti politik yang diketuai oleh Presiden Palestin itu.

"Namun begitu, saya berharap pertemuan akan diadakan dengan Abu Mazen.

"Adalah penting rundingan politik diadakan dan kita bersedia untuk mengadakannya selagi tidak ada prasyarat," ujar beliau.

Lieberman merujuk kepada tuntutan Palestin supaya semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dibekukan sama sekali, sebelum rundingan damai boleh disambung semula.

Pada Khamis lalu, Fatah dalam satu kenyataan menjelang hari ulang tahun ke-45 parti itu berikrar untuk memperhebatkan perjuangan menentang pendudukan Israel menerusi demonstrasi dan diplomasi. - AFP


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan