Isu Kalimah Allah: Ikim Anjur Muzakarah 21 Januari

Khamis, 7 Januari 2010

Muzakarah memberikan kefahaman, menyatukan padangan umat Islam di negara ini satu tindakan yang baik. - Nabila

KUALA LUMPUR: Satu muzakarah pakar akan dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) pada 21 Januari ini bagi mengupas isu penggunaan kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata muzakarah secara tertutup itu yang bertajuk "Terjemahan 'God' sebagai Allah : Mengenal Pasti Pokok Permasalahan dan Penyelesaiannya" itu akan menghimpunkan semua mufti negeri, dekan fakulti/jabatan usuluddin institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peguam dan pegawai kanan Bahagian Syariah, Jabatan Peguam Negara.

Beliau memberitahu pada satu sidang akhbar di sini bahawa wakil-wakil parti politik serta para ilmuwan juga dijemput menghadirinya.

"Sekurang-kurangnya kita telah mencari titik pertemuan di kalangan partiparti politik dan mereka yang lebih arif membincangkan isu ini. Kita mahu mereka berikan pandangan, cadangan atau hujahan yang boleh membantu menyelesaikannya," katanya. Nik Mustapha berkata pertemuan dengan wakil-wakil bukan Islam juga mungkin diadakan bagi mendengar pendapat mereka.

Polemik itu timbul ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik menggunakan perkataan "Allah" sebagai terjemahan kepada perkataan "God" dalam terbitan edisi Melayunya sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. - BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan