Gempa Bumi Kuat Musnahkan Ibu Negara Haiti

Rabu, 13 Januari 2010

Bencana yang tidak dijangka boleh melanda bila-bila masa menanda dunia makin tua - Nabila


PORT-AU-PRINCE (Haiti): Satu gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter melanda kepulauan Carribean lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu-ribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan.

Gegaran yang sangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.

Gempa itu merupakan terburuk dalam tempoh lebih 200 tahun melanda negara itu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Jabatan Ukur dan Geologikal Amerika Syarikat, gegaran itu berpusat 10 batu daripada bandar ini.


Ia diikuti oleh beberapa lagi gegaran susulan berukuran skala richter 5.9.

Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.

Sementara itu agensi berita Reuters menayangkan video yang menunjukkan mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan termasuklah istana presiden yang ranap.

Bagaimanapun, Presiden René Garcia Préval dilaporkan terselamat.


Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden pemberontakan meletus pada tahun 2004.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan