Garaj syarikat pembinaan runtuh

Jumaat, 15 Januari 2010

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 10 buah kereta rosak apabila bumbung garaj sebuah syarikat pembinaan yang terletak di kawasan perindustrian Chendering, di sini, runtuh pagi semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kerja melibatkan sebuah jengkaut dijalankan di kawasan berhampiran garaj Syarikat Q-Bena Resources Sdn Bhd.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Muhammad bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan

“Kejadian berlaku ketika pemandu jengkaut terbabit menjalankan kerja di situ dan ‘bucket’ jengkaut tersangkut menyebabkan pemandu hilang kawalan dan jengkaut berundur sehingga terlanggar bumbung garaj,” katanya, semalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan