Bapa Jeanne Abdullah Meninggal Dunia

Jumaat, 1 Januari 2010

Takziah, yang hidup akan mati, tiada lagi kembali semua menceritakan apa yang berlaku di sana. Bawalah bekal untuk ke sana. - Nabila

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Tun Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini pada 6.50 petang semalam, kata seorang pembantu kepada bekas perdana menteri itu.

Matthew Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Jeanne, Rodney, Davo dan Susan dan tiga cucu, Nadia, Nadene dan Nigel. Jeanne adalah anak sulung. "Beliau seorang bapa yang cukup baik dan lemah lembut serta tidak pernah meninggikan suara.

"Beliau penyabar dan mengajar kami adik beradik, agar rapat antara satu sama lain. Kami adalah keluarga yang amat akrab," kata Tun Jeanne kepada Bernama.

Beliau berkata bapanya seorang yang pernah cemerlang di bidang sukan terutama ragbi dan kriket.

"Bapa saya sesungguhnya seorang yang serba boleh dalam sukan ketika di St John's Institution," ujarnya.

Danker pernah menjadi pemberita sambilan dengan harian Malay Mail dalam tahun-tahun enam puluhan.

Keluarga berkenaan sedang membuat persiapan untuk majlis pengkebumian pada pagi Sabtu di Gereja Assumption dekat Hospital Assunta di Petaling Jaya. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

Archives

Tops Bulanan

Tops Keseluruhan